Dinasihatkan : jaga aib masing-masing ๐Ÿ‘Œ๐Ÿผ

ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุณูŽุชูŽุฑูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ุณูŽุชูŽุฑูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู
โ€œDan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhiratโ€ 

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).

Sebagai masyarakat prihatin, kita doakan keadilan untuk Arwah terbela. Allah Maha Adil.  Urusan lain, kita serahkan kepada pihak polis yang menyiasat. 

โ€ชTak perlu masyarakat tahu nama/gambar ‘mereka’, cukup lah masyarakat tahu ‘mereka’ bakal dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan membunuh itu setelah pihak berkuasa menjalankan penyiasatan secara adil dan telus. Kerana ‘mereka’ itu masih ada ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa ‘mereka’ sangat kecewa dengan kelakuan ‘mereka’. Begitu juga perasaan ibu bapa arwah yang berjuta kali kecewa anaknya didera sebegitu kejam. Ibu bapa mana yang tidak kecewa jikalau hantar anak ke universiti tetapi akhirnya anak itu menjadi pembunuh? Ibu bapa mana yang tidak kecewa jikalau hantar anak ke universiti tetapi anak itu balik sebagai jenazah? Setiap ibu bapa di dunia ini akan kecewa apabila terjadi perkara tersebut.โ€ฌ

Wallahu aโ€™lam bish-shawabiโ€ฌ.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. ๐Ÿ˜ญ 

adios.โœŒ๐Ÿผ๏ธ

– lady shine bright.

Advertisements