Pentingnya Perjanjian Bertulis 👍🏻

 

Tiada yang kekal abadi di dunia ini. Cinta pun tidak kekal, kecuali cinta Allah.

Dalam dunia ini, tiada yang kekal. Konklusinya, apa² perlukan perjanjian bertulis.

Kadang-kala manusia lupa. Perkahwinan tidak semestinya kekal lama. Kadang manusia ingat apabila berkahwin, itu lah perkahwinan terakhirnya.

Sebab itu, pentingnya perjanjian bertulis di awal perkahwinan. Bukan kita tidak percaya pasangan kita. Perjanjian bertulis demi masa depan.

Kita tak jangka apa akan berlaku di kemudian hari. Apa-apa boleh berlaku. Hati manusia boleh berubah-ubah. Berjaga sebelum terkena.

Apa yang boleh kita buat ketika perkahwinan bahagia, sentiasa berdoa agar perkahwinan kekal. Dan ketika bahagia, selagi itu enjoy the moment. Bersyukur dan hargai setiap detik bahagia bersama pasangan anda, selagi mampu.

Jodoh itu rahsia Allah SWT. Sampai bila-bila kita tak tahu siapa jodoh sebenar kita. Jangan anda kata pasangan anda itu jodoh anda. Kerana mungkin satu hari hubungan itu boleh terpisah kerana tiada jodoh. Kita hanya boleh sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh terbaik dan semoga jodoh itu panjang sehingga syurga. InshaAllah.

 

#selfreminder #selfnote 😇

 

adios.✌🏻

– lady shine bright.

Seorang Anak berhutang dengan Ibu

‪‪Kenapa Ibu diutamakan? 👸🏻 Kerana seorang anak berhutang dengan ibunya tiga perkara, iaitu:‬

‪1) Ibunya mengandungkan 9 bulan.‬

‪2) Ibunya menyusukan selama 2 tahun.‬

‪3) Ibunya menjaga dan membesarkan sehingga dewasa.‬

#selfreminder #selfnote 😇

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Pengajaran Drama: Suri Hati Mr Pilot (RAYA)

Baju Neelofa cantik 😍 I LOIKE
Pengajaran Drama Raya Astro ini:

‪Pembantu rumah yang diperkenalkan oleh suami, isteri kena ambil tahu hubungan sebenar pembantu rumah itu dengan suami. Isteri jangan tertipu dengan helah Suami yang bawa balik perempuan diperkenalkan sebagai pembantu rumah. Mungkin ada helah lain. 🤔 Dalam hubungan suami isteri kena ada KEJUJURAN dan KEPERCAYAAN. Tidak jujur, susah nak percaya lagi. Sekali tipu, lain kali? 😏 Suami Isteri kena berbincang baik, bukannya buat keputusan sendiri tanpa beritahu pihak lagi satu. Itu gunanya berkahwin. 

Kalau betul tolong perempuan lain dalam kesusahan, perlu ke kahwin rahsia dan kemudian ceraikan? Nikah dan talak merupakan perkara serius, bukan boleh dibuat main. Harap budak-budak yang menonton Drama #SuriHatiMrPilotRaya, tak fikir bahawa perkara kahwin cerai itu perkara biasa yang boleh dipandang remeh 👌🏼‬

adios.✌🏼️

– lady shine bright.