🙅🏻 Jenayah BULI, salah pembuli atau mangsa? 

‪Apabila kes buli dipandang remeh, tanpa sedar pembuli berterusan membuli dan akhirnya terjadi pembunuhan.

Apakah buli yang melibatkan kematian baru membuka mata semua pihak untuk lebih memandang serius perilaku buli? 

Jenayah buli perlu dibanteras ketika sejak zaman sekolah lagi kerana di titik permulaan membuli ini yang menjadikan pembuli ketagih untuk membuli setelah dewasa. Jikalau tidak menghentikan kegiatan pembuli sejak awal, pembuli akan berasa seronok membuli. Apabila masuk universiti, sudah tentu pembuli akan mencari mangsa baru untuk dibuli. Membuli ini boleh diibaratkan sejenis satu penyakit. Penyakit yang jika tidak diubati, akan terus merebak. Apabila tiada tindakan atau hukuman terhadap pembuli, ibarat sekali membuli, berkali-kali pembuli akan membuli. Jangan kita sama-sama terlibat membiarkan jenayah buli berleluasa. Jangan kita pejam mata apabila ada pihak mengadu kegiatan membuli berlaku demi menjaga nama baik sesebuah institusi. Di manakah keadilan untuk mangsa buli dan keluarga arwah yang melibatkan kehilangan nyawa? Apa perasaan anda jika kaum keluarga tersayang anda yang ditimpa musibah akibat kegiatan buli? Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras jenayah buli.  😢‬

*p.s : Jikalau yang meninggal dunia adalah pembuli, apa pula perasaan anda? Boleh jadi juga orang yang dibuli membalas perilaku pembuli kerana tekanan perasaan akibat setiap hari dibuli, tidak bernasib baik menyebabkan kematian pembuli itu. Sebab itu pentingnya peranan semua pihak menghentikan kegiatan buli dalam kalangan pelajar. Demi anak bangsa. Demi agama tercinta. Demi generasi bakal pemimpin negara. Demi keharmonian negara.

Wallahu a’lam bish-shawabi‬.

Say ‘NO’ to bully. #StopBullying 

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s