Budaya Buli Budaya Bunuh, setuju?

‪Kita selalu pesan “Jangan buli. Jangan buli. Jangan buli.” Kempen “Hentikan buli” sana sini di sekolah. Tapi, tanpa sedar kita buli adik-adik kita di rumah. Si abang/kakak membuli si adik. 

Hakikatnya, sikap suka membuli sudah berlaku sejak kecil lagi di rumah. Anak sulung bergaduh dengan anak bongsu. Ibu bapa membiarkan. Ibu bapa kadang silap menilai, menyuruh si adik menghormatkan si abang. Ibu bapa silap mendidik, menyuruh si abang mengalah dengan si adik. Tanpa ibu bapa menyiasat siapa yg salah, siapa yang memulakan, siapa yang wajar ditegur. Sikap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya menjauhi jenayah buli. 

Buli bermula sekecil-kecilnya, jika dipandang remeh, jenayah buli yang dianggap biasa, tidak mustahil akan menjadi parah sehingga suatu hari boleh melibatkan kehilangan nyawa salah seorang mangsa yang dibuli. Berkemungkinan juga pembuli juga boleh kehilangan nyawa dalam pergaduhan. Macam-macam boleh berlaku. 

Jauhi pembunuhan dengan menjauhi jenayah buli. 

Pihak berwajib perlu menyiasat segala laporan berkaitan kes buli. Kerana jika dibiarkan, pembuli akan terus membuli tanpa sedar akhirnya berlaku pembunuhan. 

Buli harus dihentikan di setiap peringkat umur, sama ada di sekolah atau universiti. Jikalau buli berlaku di asrama, sudah tentu perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan berlalu. Ini kerana apabila dewasa kelak, pembuli akan terus membuli ketika di universiti. 

Budaya membuli sangat tidak sihat untuk dibiarkan. Jenayah buli ibarat kanser yang apabila tidak dirawat, ia akan merebak, sehingga maut akhirnya. ‬

Nauzubillah min zalik.

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s