Protected: My Hero

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Advertisements

Forgive and Forget? Or Forgive, But Not Forget?

‪Forgiving doesn’t mean forgetting. Forgiving means accepting that it happened, REDHA. Believing in Al-Qada’ wa Al-Qadar. Certain belief that everything that happens in this universe happens by the will and decree of Allah. Forgive? Yes. But, people hardly forget what had happened. Forgive and never forget, so that you will learn the lesson. 

Wallahu a’lam bish-shawabi.
 ‬

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Dinasihatkan : jaga aib masing-masing 👌🏼

وَمَنْ سَتَرَ عَلَى مُسْلِمٍ فِي الدُّنْيَا سَتَرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat” 

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).

Sebagai masyarakat prihatin, kita doakan keadilan untuk Arwah terbela. Allah Maha Adil.  Urusan lain, kita serahkan kepada pihak polis yang menyiasat. 

‪Tak perlu masyarakat tahu nama/gambar ‘mereka’, cukup lah masyarakat tahu ‘mereka’ bakal dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan membunuh itu setelah pihak berkuasa menjalankan penyiasatan secara adil dan telus. Kerana ‘mereka’ itu masih ada ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa ‘mereka’ sangat kecewa dengan kelakuan ‘mereka’. Begitu juga perasaan ibu bapa arwah yang berjuta kali kecewa anaknya didera sebegitu kejam. Ibu bapa mana yang tidak kecewa jikalau hantar anak ke universiti tetapi akhirnya anak itu menjadi pembunuh? Ibu bapa mana yang tidak kecewa jikalau hantar anak ke universiti tetapi anak itu balik sebagai jenazah? Setiap ibu bapa di dunia ini akan kecewa apabila terjadi perkara tersebut.‬

Wallahu a’lam bish-shawabi‬.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain. 😭 

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Kepada PEMBULI , anda SANGAT KEJAM

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)”.      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kepada pembuli, anda pembunuh yang kejam.

Kepada pembuli, ingatlah akan sangat mudah bagi Allah SWT untuk makbul doa orang teraniaya atau sedang dizalimi oleh orang lain. ‪‪

Kepada pembuli, mangsa buli masih mempunyai keluarga tersayang yang akan sentiasa mendoakan. 

Satu hari nanti pasti Allah SWT akan membalas perbuatan keji kamu membuli sehingga menyebabkan kecederaan sampai maut. Keadilan pasti ditegakkan. Allah Maha Adil.

Jika pembuli terlepas hukuman di dunia, sepanjang kehidupannya akan sentiasa dalam trauma dan sentiasa rasa bersalah membunuh seumur hidup. Bersalah terhadap Allahyarham dan ibu bapa mangsa. Selagi mereka tidak memaafkan, tunggu sahaja balasan di akhirat kelak.

Wallahu a’lam bish-shawabi‬.

***jangan pernah sekali kita menzalimi orang lain #selfreminder #selfnote

Say ‘NO’ to bully. #StopBullying

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

🙅🏻 Jenayah BULI, salah pembuli atau mangsa? 

‪Apabila kes buli dipandang remeh, tanpa sedar pembuli berterusan membuli dan akhirnya terjadi pembunuhan.

Apakah buli yang melibatkan kematian baru membuka mata semua pihak untuk lebih memandang serius perilaku buli? 

Jenayah buli perlu dibanteras ketika sejak zaman sekolah lagi kerana di titik permulaan membuli ini yang menjadikan pembuli ketagih untuk membuli setelah dewasa. Jikalau tidak menghentikan kegiatan pembuli sejak awal, pembuli akan berasa seronok membuli. Apabila masuk universiti, sudah tentu pembuli akan mencari mangsa baru untuk dibuli. Membuli ini boleh diibaratkan sejenis satu penyakit. Penyakit yang jika tidak diubati, akan terus merebak. Apabila tiada tindakan atau hukuman terhadap pembuli, ibarat sekali membuli, berkali-kali pembuli akan membuli. Jangan kita sama-sama terlibat membiarkan jenayah buli berleluasa. Jangan kita pejam mata apabila ada pihak mengadu kegiatan membuli berlaku demi menjaga nama baik sesebuah institusi. Di manakah keadilan untuk mangsa buli dan keluarga arwah yang melibatkan kehilangan nyawa? Apa perasaan anda jika kaum keluarga tersayang anda yang ditimpa musibah akibat kegiatan buli? Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras jenayah buli.  😢‬

*p.s : Jikalau yang meninggal dunia adalah pembuli, apa pula perasaan anda? Boleh jadi juga orang yang dibuli membalas perilaku pembuli kerana tekanan perasaan akibat setiap hari dibuli, tidak bernasib baik menyebabkan kematian pembuli itu. Sebab itu pentingnya peranan semua pihak menghentikan kegiatan buli dalam kalangan pelajar. Demi anak bangsa. Demi agama tercinta. Demi generasi bakal pemimpin negara. Demi keharmonian negara.

Wallahu a’lam bish-shawabi‬.

Say ‘NO’ to bully. #StopBullying 

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Budaya Buli Budaya Bunuh, setuju?

‪Kita selalu pesan “Jangan buli. Jangan buli. Jangan buli.” Kempen “Hentikan buli” sana sini di sekolah. Tapi, tanpa sedar kita buli adik-adik kita di rumah. Si abang/kakak membuli si adik. 

Hakikatnya, sikap suka membuli sudah berlaku sejak kecil lagi di rumah. Anak sulung bergaduh dengan anak bongsu. Ibu bapa membiarkan. Ibu bapa kadang silap menilai, menyuruh si adik menghormatkan si abang. Ibu bapa silap mendidik, menyuruh si abang mengalah dengan si adik. Tanpa ibu bapa menyiasat siapa yg salah, siapa yang memulakan, siapa yang wajar ditegur. Sikap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya menjauhi jenayah buli. 

Buli bermula sekecil-kecilnya, jika dipandang remeh, jenayah buli yang dianggap biasa, tidak mustahil akan menjadi parah sehingga suatu hari boleh melibatkan kehilangan nyawa salah seorang mangsa yang dibuli. Berkemungkinan juga pembuli juga boleh kehilangan nyawa dalam pergaduhan. Macam-macam boleh berlaku. 

Jauhi pembunuhan dengan menjauhi jenayah buli. 

Pihak berwajib perlu menyiasat segala laporan berkaitan kes buli. Kerana jika dibiarkan, pembuli akan terus membuli tanpa sedar akhirnya berlaku pembunuhan. 

Buli harus dihentikan di setiap peringkat umur, sama ada di sekolah atau universiti. Jikalau buli berlaku di asrama, sudah tentu perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan dibiarkan berlalu. Ini kerana apabila dewasa kelak, pembuli akan terus membuli ketika di universiti. 

Budaya membuli sangat tidak sihat untuk dibiarkan. Jenayah buli ibarat kanser yang apabila tidak dirawat, ia akan merebak, sehingga maut akhirnya. ‬

Nauzubillah min zalik.

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Don’t be sad….Indeed, Allah is with us. 😇

Allah SWT is the Best of planners.Quran [8:30]. 😇


Whenever I feel sad, I always remind myself that this is the plan that Allah SWT has prepared for me. I shall trust in Allah’s plan and accept whatever He decides, regardless of the results. As a human being, I put my best efforts, but it is Allah who gave me the ability to work it out, and ultimately it’s the favor of Allah which will make it successful or not. Whatever will happen will happen and that I can only do the best I can. 

In Allah we trust. Trust Allah when things don’t work out the way we want. Surely, Allah has something better planned for us, inshaAllah. Have faith. Complete trust that Allah’s plan is the best plan. 


D.U.I.T = Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakal.



#stayPOSITIVE #selfreminder #selfnote 

adios.✌🏼️

– lady shine bright.