BOLA SEPAK MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พย 

“BOLA ITU BULAT”

                 Bola itu bulat. Siapa-siapa boleh gol kannn. Rezeki gol masuk. 

Pemain bola pun manusia juga. Mereka berlatih siang dan malam. Menguasai taktikal , menguasai permainan. Tapi, manusia tetap manusia. Ada yang lebih menguasai daripada manusia ; Maha Esa. Allah SWT, Maha Menguasai. 

โ€œDengan demikian Al Malik ertinya bahawa Allah SWT itu Maha Menguasai dan Maha Memiliki. Dia yang memulai, Dia pula yang menidakan, Dia yang menghidupkan, Dia pula yang mematikan, hanya Allah SWT yang berkuasa memberikan seksa dan pahala.โ€

Bola itu bulat. Dalam perlawanan bola, pasukan bola itu boleh berada di bawah, boleh jadi juga pasukan itu berada di kedudukan teratas. Dalam perlawanan bola, apa-apa boleh terjadi. Adat pertandingan, ada kalah menang. Tetapi……..

Jangan lupa bahawa sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Walaupun hanya perlawanan bola. Kita harus mendahulukan agama dalam apa-apa perkara. DOA. Berdoalah wahai manusia sekiranya anda inginkan kemenangan, rezeki itu datang daripada Allah SWT, hanya Allah. 

Sebagai penyokong pasukan bola, anda boleh teriak atau sorak pasukan kegemaran anda. Tetapi lebih mulia sekiranya anda mengutamakan Yang Maha Esa, marilah berdoa kepada Allah SWT, memohon kemenangan pasukan kegemaran anda. 

Nampak remeh, tetapi sebenarnya apabila anda bermurah hati, rendah diri untuk berdoa, kelakuan anda sebenarnya membuktikan bahawa anda masih mengingati Allah SWT dalam setiap perkara yang anda ingin lakukan. 

Kadang kala manusia alpa bahawa sesuatu kemenangan itu terjadi dengan izin Allah, bukan kerana jurulatih terhebat atau kepakaran pemain bola. Sesungguhnya setiap kejadian adalah kehendak-Nya.

Wallahu aโ€™lam bish-shawabi.

#selfreminder #selfnote #tazkirah 
adios.โœŒ๐Ÿผ๏ธ

– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s