Hanya tahu condemn , typical Malays 🙄

Ketika satu Malaysia mengutuk Nazmi Faiz dan menggelarkannya “budak tiada SPM” disebabkan perbuatannya yang dikatakan tidak matang itu, ramai degree holder yang masih menganggur di Malaysia. Nazmi Faiz? Gaji tetap masuk setiap bulan dengan bayaran mahal kerana bakat dia. #stopjudging #silanasihatsecaraberhemah #silategursecarapositif #adabkatmana #kecamanhinaanhanyadapatdosa #positive💭 

Ketika satu Malaysia mengutuk Nazmi Faiz “budak tiada SPM” kerana perbuatan tidak matang dia, I still appreciate his amazing talent and skill in football. Lionel Messi with his outrageous behavior still have many supporters. Nazmi Faiz? Come on, he is only 23. Masih boleh ditegur dan dibentuk disiplin diri. 

Semua orang pernah muda. Setiap orang akan melakukan kesalahan ketika masih muda. Kelakuan yang dianggap tidak matang itu boleh diubah dan diperbaiki. Belum terlambat lagi. Janganlah terus jatuhkan hukuman dengan melabel yang tidak baik. Cuba nasihat dia elok-elok, tegur secara berhemah. Bukan maki hamun dan kritik secara negatif. Lagilah budak tu tak akan berubah. 

Kita tengok secara keseluruhannya lah, dalam mendidik golongan muda, kena guna cara berhemah. Kalau kita guna cara kasar, lagi mereka memberontak. Akhirnya, kita tidak dapat hendak mendidik dan membentuk golongan muda menjadi lebih matang dan berfikiran rasional. 

Jangan pula kita salahkan ibu bapa apabila kelakuan anak tidak menepati ciri-ciri budi pekerti. Ibu bapa menegur dan membentuk anak-anak sejak kecil, anak-anak yang semakin meningkat dewasa sudah boleh berfikir yang mana salah dan yang mana betul. Jika mereka melakukan kesalahan, sebagai orang yang lebih matang berfikir, kenalah bertindak secara positif dengan menasihati dan memberi teguran kesalahan mereka secara berhemah. Sama-sama dapat pahala. Bukannya mencaci, hina, kutuk, kecam atau kritik. Boleh dapat dosa pula. 

#random💭 #positive💭 

adios.✌🏼️
– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s