Membina Masjid 💍

Membina masjid, anda bersedia? 
‪Suami isteri yang sudah berkahwin, anda harus ingat bahawa apabila berkahwin, anda juga berkahwin dengan keluarga pasangan anda. Perkahwinan bukan hanya atas dasar cinta hati sahaja, tetapi perkahwinan yang dibina merupakan tanggungjawab anda terhadap satu sama lain berlandaskan agama Islam. 

Pernikahan dibina kerana Allah sudah tentu akan bahagia dunia akhirat. 

Apabila niat berkahwin semata-mata kerana nafsu cinta hati, anda yakin perkahwinan anda akan bahagia selama-lamanya? 

Ramai pasangan yang kecundang di pertengahan perkahwinan kerana niat tidak betul. Penceraian berleluasa kerana masing-masing lupa akan lafaz akad. Anak-anak menjadi mangsa. 

Fikirlah bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh anda, pasti membawa kesan kepada orang sekeliling anda. Selagi boleh menyelamatkan perkahwinan anda, selamatkan lah. 

Buang ego masing-masing dan cuba duduk berbincang dan memperbaiki kelemahan masing-masing dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama. 

Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina berlandaskan agama Islam. Apabila ilmu agama diterapkan dalam diri ahli keluarga, tentu sahaja bahagia hingga Jannah, inshaAllah. 

Apa sahaja perkara yang kita lakukan, sentiasa ingat Allah dan agama Islam.‬

‪#tazkirah #selfreminder #selfnote #peringatanbuatdiri ‬

adios.✌🏼️ 

– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s