‪Pernikahan & Perkahwinan

 ‬‪Kepada wanita yang cinta mati sangat pada lelaki yang baru kenal, terus lupa ibu yang mengandung 9 bulan dan jaga dengan kasih sayang sehingga berjaya. Ingatlah bahawa kasih sayang ibu bapa tidak pernah terputus apabila anda sudah mendirikan rumah tangga. Berkahwin tidak bermakna ibu bapa dilupakan. Betul bahawa syurga seorang isteri terletak bawah keredhaan-Nya dengan keizinan suami. Tetapi, jangan lah menderhakai ibu bapa juga. Ingat jasa mereka membesarkan anda dan balas jasa mereka dengan membahagiakan mereka. 

Apabila berkahwin, bahagikan ibu bapa kandung dan ibu bapa suami juga. Hal ini kerana, keredhaan dan restu ibu bapa terhadap perkahwinan suami isteri juga sedikit sebanyak boleh memberi kebahagian kepada perkahwinan yang dibina. 

Apabila berkahwin, perempuan juga tidak seharusnya mempunyai perasaan cemburu terhadap layanan suami kepada ibunya. Apabila suami anda membahagiakan ibunya, sudah tentu ibunya mendoakan kebahagian perkahwinan anak mereka. Apabila isteri membahagiakan ibunya, suami sepatutnya menyokong kerana isteri yang menjaga baik ibunya sudah tentu mempunyai keperibadian yang baik dan sudah tentu suami juga akan dijaga dengan baik. 

‪#tazkirah #selfreminder #selfnote #peringatanbuatdiri ‬

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s