Kenapaaaa kahwin cerai berlaku

‪Susah nak jumpa pasangan macam zaman ibu bapa dan nenek moyang kita yang perkahwinan kekal bahagia. Pasangan yang stay loyal to each other. Perkahwinan melebihi satu dekad masih bahagia. Berkahwin kerana dijodohkan, tidak mengenal usia, tidak mengenal satu sama lain di awal perkahwinan tetapi boleh bahagia sehingga sekarang. Zaman nenek moyang pun umur belasan tahun sudah berkahwin, anak sehingga 20 orang.

Zaman 2020 ni ramai betul pasangan kahwin cerai ni. Alasan paling tinggi kerana kecurangan. Isteri curang. Suami curang. Macam-macam alasan lain. Kebanyakan pasangan kahwin muda, berumur 20-25 tahun sudah berkahwin. Usia perkahwinan tak sampai 5 tahun sudah retak. Masuk campur orang ketiga keempat kelima lah. Mentua pun sekali campur tangan. 

Anak-anak pula jadi mangsa. Ada pasangan bercerai, bergaduh bermasam muka sampai bapa lupa tanggungjawab nafkah anak-anak. Kenapa dulu masa bercinta boleh ja terima baik buruk, tapi selepas bercerai terus bergaduh sampai lupa tanggungjawab kerana melebihkan ego masing-masing? Anak-anak pun dibenci. Nenek datuk pun benci cucu hanya kerana kesalahan ibu bapa? 

Warga orang putih ni kalau bercerai bergaduh pun, tapi hal anak-anak mereka boleh duduk berbincang. Sebab apa? Sebab mereka ni sayang anak-anak, mengutamakan anak-anak. Bencikan bekas isteri pun, bapa masih ingat anak-anak. Bencikan bekas suami pun, ibu masih beri anak-anak melawat bapa. Walaupun sudah berpisah dan berkahwin baru, mereka tetap bergilir-gilir jaga anak-anak perkahwinan lama. Tiada permusuhan.

Kenapa pula Melayu selepas bercerai lupa tanggungjawab terhadap anak-anak?

Apa silap ya? Apa beza umat zaman dulu-dulu kala dengan umat zaman milenium ini? Kahwin kerana bercinta sakan tapi masih bercerai. Di mana silapnya? 

#random💭
adios.✌🏼️

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s