Cantik , kacak tapi….

“Paras rupa tidak menjaminkan kebahagiaan.”

Manusia suka kepada kecantikan. Apa sahaja luaran yang nampak cantik, manusia suka. Tetapi, kecantikan tidak semestinya bahagia hidup. Paras rupa kacak dan cantik tidak menjamin kehidupan akan bahagia. Kalau kita suka akan seseorang hanya kerana paras rupa cantik dan kacak, adakah seseorang itu akan membahagiakan kita selama-lamanya? Tiada perkara di dunia ini yang kekal abadi. Satu hari, kecantikan atau kekacakkan seseorang itu akan pudar. Pada ketika ini, adakah kita masih suka lagi? 

Selain paras rupa, adakah sifat-sifat lain yang ada pada seseorang itu cantik juga? Peribadi dan akhlak cantik? Atau hanya rupa sahaja cantik dan kacak? Perkara lain semua hancur? Sebab itu cantik dan kacak sahaja tidak semestinya membawa kebahagiaan kerana kalau perangai tidak elok, adakah kita akan puji cantik dan kacak lagi? Selalu orang akan kata “Muka dah cantik, kacak tapiii…….” 

Macam kucing, comel. I love cats. Everybody loves cat. Cats are cute. Tapi, comel tak semestinya bawa bahagia. Ini kerana kalau comel, tapi buang tahi merata tempat, masih lagi orang akan puji comel? Masih lagi akan ada orang yang suka kucing itu? Rasanya, kebanyakan orang menjadi tak suka kucing apabila kucing membuang tahi merata. Hal ini menyebabkan banyak kucing jalanan. Tuan kucing comel tadi yang tak tahan dengan tahi kucing akhirnya membuat keputusan membuang kucing comel tadi. Kalau tidak, sudah tentu tidak wujud kucing jalanan. Orang membuang kucing ini mesti bersebab walaupun semua sedar perbuatan membuang kucing itu tidak seharusnya berlaku. 

#random๐Ÿ’ญ

adios.โœŒ๐Ÿผ๏ธ

 – lady shine bright.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s