Hanya tahu condemn , typical Malays 🙄

Ketika satu Malaysia mengutuk Nazmi Faiz dan menggelarkannya “budak tiada SPM” disebabkan perbuatannya yang dikatakan tidak matang itu, ramai degree holder yang masih menganggur di Malaysia. Nazmi Faiz? Gaji tetap masuk setiap bulan dengan bayaran mahal kerana bakat dia. #stopjudging #silanasihatsecaraberhemah #silategursecarapositif #adabkatmana #kecamanhinaanhanyadapatdosa #positive💭 

Ketika satu Malaysia mengutuk Nazmi Faiz “budak tiada SPM” kerana perbuatan tidak matang dia, I still appreciate his amazing talent and skill in football. Lionel Messi with his outrageous behavior still have many supporters. Nazmi Faiz? Come on, he is only 23. Masih boleh ditegur dan dibentuk disiplin diri. 

Semua orang pernah muda. Setiap orang akan melakukan kesalahan ketika masih muda. Kelakuan yang dianggap tidak matang itu boleh diubah dan diperbaiki. Belum terlambat lagi. Janganlah terus jatuhkan hukuman dengan melabel yang tidak baik. Cuba nasihat dia elok-elok, tegur secara berhemah. Bukan maki hamun dan kritik secara negatif. Lagilah budak tu tak akan berubah. 

Kita tengok secara keseluruhannya lah, dalam mendidik golongan muda, kena guna cara berhemah. Kalau kita guna cara kasar, lagi mereka memberontak. Akhirnya, kita tidak dapat hendak mendidik dan membentuk golongan muda menjadi lebih matang dan berfikiran rasional. 

Jangan pula kita salahkan ibu bapa apabila kelakuan anak tidak menepati ciri-ciri budi pekerti. Ibu bapa menegur dan membentuk anak-anak sejak kecil, anak-anak yang semakin meningkat dewasa sudah boleh berfikir yang mana salah dan yang mana betul. Jika mereka melakukan kesalahan, sebagai orang yang lebih matang berfikir, kenalah bertindak secara positif dengan menasihati dan memberi teguran kesalahan mereka secara berhemah. Sama-sama dapat pahala. Bukannya mencaci, hina, kutuk, kecam atau kritik. Boleh dapat dosa pula. 

#random💭 #positive💭 

adios.✌🏼️
– lady shine bright.

Advertisements

Pesanan buat kaum Hawa 

 

         Wahai lelaki, kalau kau tepuk dada tanya selera, tentu-tentu kau pilih 1 nafsu kau tu : perempuan. Lelaki dah berkahwin ni kadang susah nak mengaku dah beristeri. Apapun terjadi, wanita juga nanti disalahkan. Susah kan jadi seorang wanita. 

Apapun, tepuk dada tanya iman. ‬Sebagai seorang yang berpegang teguh dengan agama Islam, kalau digoda oleh sesiapa pun, iman anda kuat, tentu tak melayan bisikan syaitan untuk buat hati anda tergoda. 

Baik lelaki atau wanita, bagi yang kata sudah takdir, adakah anda yakin itu takdir anda? Selagi boleh elak, ubah pendirian anda. Supaya kelak hati tak disakiti. 

Wahai kaum hawa, martabat wanita itu lebih tinggi nilainya. Jagalah hati, terpelihara lah maruah. InshaAllah.

Doa yang baik-baik 👌🏼

#selfnote #peringatanbuatkita #selfreminder

adios.✌🏼

– lady shine bright.

Membina Masjid 💍

Membina masjid, anda bersedia? 
‪Suami isteri yang sudah berkahwin, anda harus ingat bahawa apabila berkahwin, anda juga berkahwin dengan keluarga pasangan anda. Perkahwinan bukan hanya atas dasar cinta hati sahaja, tetapi perkahwinan yang dibina merupakan tanggungjawab anda terhadap satu sama lain berlandaskan agama Islam. 

Pernikahan dibina kerana Allah sudah tentu akan bahagia dunia akhirat. 

Apabila niat berkahwin semata-mata kerana nafsu cinta hati, anda yakin perkahwinan anda akan bahagia selama-lamanya? 

Ramai pasangan yang kecundang di pertengahan perkahwinan kerana niat tidak betul. Penceraian berleluasa kerana masing-masing lupa akan lafaz akad. Anak-anak menjadi mangsa. 

Fikirlah bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh anda, pasti membawa kesan kepada orang sekeliling anda. Selagi boleh menyelamatkan perkahwinan anda, selamatkan lah. 

Buang ego masing-masing dan cuba duduk berbincang dan memperbaiki kelemahan masing-masing dengan mendekatkan diri dengan Allah dan mendalami ilmu agama. 

Keluarga bahagia adalah keluarga yang dibina berlandaskan agama Islam. Apabila ilmu agama diterapkan dalam diri ahli keluarga, tentu sahaja bahagia hingga Jannah, inshaAllah. 

Apa sahaja perkara yang kita lakukan, sentiasa ingat Allah dan agama Islam.‬

‪#tazkirah #selfreminder #selfnote #peringatanbuatdiri ‬

adios.✌🏼️ 

– lady shine bright.

‪Pernikahan & Perkahwinan

 ‬‪Kepada wanita yang cinta mati sangat pada lelaki yang baru kenal, terus lupa ibu yang mengandung 9 bulan dan jaga dengan kasih sayang sehingga berjaya. Ingatlah bahawa kasih sayang ibu bapa tidak pernah terputus apabila anda sudah mendirikan rumah tangga. Berkahwin tidak bermakna ibu bapa dilupakan. Betul bahawa syurga seorang isteri terletak bawah keredhaan-Nya dengan keizinan suami. Tetapi, jangan lah menderhakai ibu bapa juga. Ingat jasa mereka membesarkan anda dan balas jasa mereka dengan membahagiakan mereka. 

Apabila berkahwin, bahagikan ibu bapa kandung dan ibu bapa suami juga. Hal ini kerana, keredhaan dan restu ibu bapa terhadap perkahwinan suami isteri juga sedikit sebanyak boleh memberi kebahagian kepada perkahwinan yang dibina. 

Apabila berkahwin, perempuan juga tidak seharusnya mempunyai perasaan cemburu terhadap layanan suami kepada ibunya. Apabila suami anda membahagiakan ibunya, sudah tentu ibunya mendoakan kebahagian perkahwinan anak mereka. Apabila isteri membahagiakan ibunya, suami sepatutnya menyokong kerana isteri yang menjaga baik ibunya sudah tentu mempunyai keperibadian yang baik dan sudah tentu suami juga akan dijaga dengan baik. 

‪#tazkirah #selfreminder #selfnote #peringatanbuatdiri ‬

adios.✌🏼️

– lady shine bright.

Kenapaaaa kahwin cerai berlaku

‪Susah nak jumpa pasangan macam zaman ibu bapa dan nenek moyang kita yang perkahwinan kekal bahagia. Pasangan yang stay loyal to each other. Perkahwinan melebihi satu dekad masih bahagia. Berkahwin kerana dijodohkan, tidak mengenal usia, tidak mengenal satu sama lain di awal perkahwinan tetapi boleh bahagia sehingga sekarang. Zaman nenek moyang pun umur belasan tahun sudah berkahwin, anak sehingga 20 orang.

Zaman 2020 ni ramai betul pasangan kahwin cerai ni. Alasan paling tinggi kerana kecurangan. Isteri curang. Suami curang. Macam-macam alasan lain. Kebanyakan pasangan kahwin muda, berumur 20-25 tahun sudah berkahwin. Usia perkahwinan tak sampai 5 tahun sudah retak. Masuk campur orang ketiga keempat kelima lah. Mentua pun sekali campur tangan. 

Anak-anak pula jadi mangsa. Ada pasangan bercerai, bergaduh bermasam muka sampai bapa lupa tanggungjawab nafkah anak-anak. Kenapa dulu masa bercinta boleh ja terima baik buruk, tapi selepas bercerai terus bergaduh sampai lupa tanggungjawab kerana melebihkan ego masing-masing? Anak-anak pun dibenci. Nenek datuk pun benci cucu hanya kerana kesalahan ibu bapa? 

Warga orang putih ni kalau bercerai bergaduh pun, tapi hal anak-anak mereka boleh duduk berbincang. Sebab apa? Sebab mereka ni sayang anak-anak, mengutamakan anak-anak. Bencikan bekas isteri pun, bapa masih ingat anak-anak. Bencikan bekas suami pun, ibu masih beri anak-anak melawat bapa. Walaupun sudah berpisah dan berkahwin baru, mereka tetap bergilir-gilir jaga anak-anak perkahwinan lama. Tiada permusuhan.

Kenapa pula Melayu selepas bercerai lupa tanggungjawab terhadap anak-anak?

Apa silap ya? Apa beza umat zaman dulu-dulu kala dengan umat zaman milenium ini? Kahwin kerana bercinta sakan tapi masih bercerai. Di mana silapnya? 

#random💭
adios.✌🏼️

No homo #LGBT

Could you imagine that , what if there is one follower on Twitter is using a fake identity? You think that one account is a guy based on the profile or told by that person. You reply ‘his’ tweets, till you become ‘his’ best buddy, maybe till you agree to be ‘his’ online girlfriend, that so called Cyber love, till both of you are in love. Until one day, both of you agree to see face-to-face, then you know the real person in reality. What would you react if the person you are in love is actually has the same gender as you, that ‘he’ is actually a girl? 😲 Anything could happen to anyone. There are so many weird people in this weird world. What are your reaction? You love ‘him’, but ‘he’ is a girl. You are a girl, you can’t marry a girl. Would you break your love relationship? Or would you love ‘him’ and accept ‘him’ in your life? If you accept this love relationship, this could be an abnormal love relationship between same gender, homosexual life. Gosh! How could this happen? You are normal and straight before you met ‘him’. Seriously? 

We are human, we have right to choose what’s the best for ourselves. But, to be agreed with homosexuality as a love relationship is absolutely wrong decision. It is definitely abnormal. No matter how strong is your attraction towards the same gender, you should not proceed the relationship. It is wrong. It is an immoral act. It is against divine law. 

#random💭 #selfreminder #selfnote

***Semoga Allah tetapkan hati dengan keimanan yang teguh. 

Ya Allah, pelihara hati kami agar sentiasa beriman kepada Mu, Amiin Ya Allah.

adios.✌🏼️

-lady shine bright.

Manusia tidak 100% sempurna

Apabila kita merasakan kita telah menjadi insan terlalu baik, ingatlah bahawa ada sebab orang tidak suka kita. Daripada sibuk mencari kesalahan mereka, lebih baik mencari kekurangan sendiri dan memperbaiki kelemahan diri supaya menjadi insan semakin baik. Setiap manusia ada ketidaksempurnaan masing-masing. Jangan terlalu bangga dengan kebaikan sendiri sehingga mengutuk keburukan orang lain. Seeloknya cerminkan diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain. Setiap hari jika kita muhasabah diri dan memaafkan orang lain, inshaAllah hati akan tenang, kehidupan akan penuh dengan aura positif dan kita akan menjadi insan paling bahagia. 😉

#stayPOSITIVE #selfreminder 

adios.✌🏼️

 – lady shine bright.

Cantik , kacak tapi….

“Paras rupa tidak menjaminkan kebahagiaan.”

Manusia suka kepada kecantikan. Apa sahaja luaran yang nampak cantik, manusia suka. Tetapi, kecantikan tidak semestinya bahagia hidup. Paras rupa kacak dan cantik tidak menjamin kehidupan akan bahagia. Kalau kita suka akan seseorang hanya kerana paras rupa cantik dan kacak, adakah seseorang itu akan membahagiakan kita selama-lamanya? Tiada perkara di dunia ini yang kekal abadi. Satu hari, kecantikan atau kekacakkan seseorang itu akan pudar. Pada ketika ini, adakah kita masih suka lagi? 

Selain paras rupa, adakah sifat-sifat lain yang ada pada seseorang itu cantik juga? Peribadi dan akhlak cantik? Atau hanya rupa sahaja cantik dan kacak? Perkara lain semua hancur? Sebab itu cantik dan kacak sahaja tidak semestinya membawa kebahagiaan kerana kalau perangai tidak elok, adakah kita akan puji cantik dan kacak lagi? Selalu orang akan kata “Muka dah cantik, kacak tapiii…….” 

Macam kucing, comel. I love cats. Everybody loves cat. Cats are cute. Tapi, comel tak semestinya bawa bahagia. Ini kerana kalau comel, tapi buang tahi merata tempat, masih lagi orang akan puji comel? Masih lagi akan ada orang yang suka kucing itu? Rasanya, kebanyakan orang menjadi tak suka kucing apabila kucing membuang tahi merata. Hal ini menyebabkan banyak kucing jalanan. Tuan kucing comel tadi yang tak tahan dengan tahi kucing akhirnya membuat keputusan membuang kucing comel tadi. Kalau tidak, sudah tentu tidak wujud kucing jalanan. Orang membuang kucing ini mesti bersebab walaupun semua sedar perbuatan membuang kucing itu tidak seharusnya berlaku. 

#random💭

adios.✌🏼️

 – lady shine bright.

Suka Sayang Cinta 😅🤔

Apakah itu : Suka , Sayang , Cinta ?
Mula-mula suka. Atas daripada suka; sayang. Atas daripada sayang; cinta. Ada beza apabila sesorang itu kata dia suka, sayang, atau cinta.
 
Ketiga-tiga perkataan ; suka, sayang, cinta sebenarnya membawa maksud yang berbeza.

” Suka tak semestinya sayang. Sayang tak semestinya cinta. 🙊 “
Cinta pula boleh disebabkan atas dasar suka dan sayang. Sebab tiada orang yang ada rasa cinta pada sesuatu yang tak disukai atau tak disayangi.
 
Tapi, orang tua-tua berpesan “jangan terlalu membenci, nanti hati jatuh suka.” Kalau tak suka, berpada-pada lah. Takut nanti Tuhan balikkan hati yang membenci kepada rasa sayang.
 
Hati manusia dipegang oleh Allah SWT. Perasaan suka, sayang atau cinta itu terletak pada hati dan hati kita milik Allah.


adios.✌🏼
 – lady shine bright.