Artis Malaysia mudah melatah

“Peminat puji, artis kata sayang. Peminat menegur, artis kata ‘haters’. Ini kelakar.”

Artis Malaysia mudah tersentap apabila ditegur para peminat. Apabila peminat menegur cara artis Malaysia berpakaian, mulalah artis Malaysia melatah berkata “kubur masing-masing”, “jaga tepi kain sendiri”, “jangan nak jadi ustaz/ustazah online”, “tengok kekurangan diri sendiri tu baru boleh nak tegur orang” dan pelbagai jawapan Klise lagi lah. ๐Ÿ™„

Kita hidup bermasyarakat. Kalau kita berjiran pun, kita bertegur antara satu sama lain juga. Tujuan untuk saling memperingati, saling menasihati dan saling memperbaiki kelemahan diri supaya masing-masing berubah ke arah positif.

Kalau tidak suka ditegur, bersara jadi ‘Public figure’ okay. Jadi orang biasa pun ditegur, apatah lagi jika jadi orang yang sentiasa keluar siaran TV.

Jawapan “kubur masing-masing” paling tidak patut keluar dari mulut artis. Memang lah jika anda mati, anda membawa amalan anda. Tapi, anda perlu ingat, setelah anda mati pun, orang lain yang hidup yang menguruskan jenazah anda. Bukannya mayat anda sendiri masuk kubur anda. Siapa yang akan menggali tanah, menyediakan kain kapan dan lain-lain? Anda? Lain kali apabila menjawab itu fikir dahulu sebelum memberi jawapan kurang bernas. ๐Ÿ™„

 

adios.โœŒ๐Ÿผ๏ธ

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s