Doktor kelakar

Cerita daripada kawan-kawan mengenai vaksin HPV:

Pergi hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan (2017)

Doktor:Kenapa ni?
Aku: Demam selepas ambil vaksin HPV.
Doktor: kenapa awak ambil vaksin?
Aku: Hah? kenapa?
Doktor:ya lah, kenapa awak ambil vaksin tu?
Aku: kenapa Dr tanya saya kenapa saya ambil vaksin tu? Adakah saya tak patut ambil vaksin tu?
Doktor: ada orang saja-saja ambil vaksin, ada orang saja-saja tak ambil vaksin. So, saya tanya awak, kenapa ambil vaksin?
Aku: cara Dr tanya saya ni, adakah saya tak patut ambil vaksin tu? Adakah tak kisah ambil vaksin ke tak? Adakah sepatutnya saya tak ambil vaksin? Kalau tak ambil vaksin pun tak apa lah ya Dr?
Nurse depan Dr: Ramai yang ambil vaksin sebab saja-saja, ada ja yang tak ambil vaksin. Kot kot lah awak saja-saja ambil vaksin.
Aku: kalau saja-saja, kenapa kerajaan berkempen suruh vaksin? Kenapa promosi dapatkan vaksin percuma di LPPKN? Kenapa ada program vaksin di sekolah-sekolah?
Doktor dan Nurse: ………….
Doktor: awak demam dah berapa hari ni, makan panadol tak?
Aku: tak, Dr. Tak suka makan panadol.
Doktor: kenapa awak tak makan?
Aku: saja-saja tak nak makan, Dr.

Aku cuma nak kata, kepada Doktor dan Nurse tersebut.

Sebagai seorang doktor, pegawai perubatan, pakar kesihatan, kata-kata Doktor dan Nurse tu membuatkan aku keliru dengan tindakan aku. Sekarang aku keliru, adakah tak sepatutnya ambil vaksin tu atau adakah tak kisah kalau seseorang itu tidak ambil vaksin pun. Keliru. Sangat keliru sebab cara mereka berkata seperti aku tak sepatutnya ambil vaksin tu. Takda lah aku demam 5 hari kerana vaksin tu. Sekarang pun keliru adakah aku patut ambil dos kedua dan ketiga? Atau tak payah teruskan vaksin ni? Keliru sangat. Ku keliru. Keliru.

( Nampak seperti kalau tidak ambil vaksin pun takpa, ambil pun takpa. Macam tu kenapa berkempen suruh vaksin? #tertanyatanya )

“Dulu selalu pegawai perubatan berkempen program vaksin, sekarang rakyat ditanya pula kenapa ambil vaksin. Hahaa…..kelakar kan.”

adios.✌🏼️

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s