Random

Drama Korea tentang doktor, selalu tunjuk Doktor mereka cepat dapat detect penyakit apa pada awal peringkat, dan dapat selamatkan pesakit walaupun kritikal. Di Malaysia realiti pula, pergi hospital untuk tahu penyakit, doktor tanya balik sakit apa, lepas tu kata “Encik, balik rumah makan ubat, kalau sakit lagi datang hospital.” Datang hospital lagi, balik-balik Doktor kata “Encik, balik rumah makan ubat, kalau sakit lagi datang hospital.”, sampailah pesakit mati atau keadaan teruk atau tahap kritikal. Hendak bandingkan drama Melayu tentang doktor, sukar. Ini kerana drama Melayu, balik-balik Drama tentang cinta antara dua darjat, tentang hasad dengki, tentang hidup bermadu, tentang lawak jenaka tahap budak sekolah. Hakikatnya, drama Melayu sungguh melekakan remaja sekarang. Rancangan di TV pun, balik-balik tentang gosip artis, artis kahwin cerai, artis gaduh sesama artis, artis mengandung dan bla bla bla. Wartawan media Malaysia pun suka sangat bagi soalan kurang cerdik. Kalau ada kematian, wartawan sibuk tanya ahli keluarga “apa perasaan mak cik atas kematian anak?” dan bla bla bla soalan yang kau tak tanya pun kau dah boleh tahu jawapan. Pengacara TV pun kadang terlebih perasan seperti artis, tergedik-gedik ketawa dalam siaran langsung. Macam syok sendiri pun ada. Penatlah membebel. OkayBye.

 

 

adios.✌🏼️

Advertisements

Artis Malaysia mudah melatah

“Peminat puji, artis kata sayang. Peminat menegur, artis kata ‘haters’. Ini kelakar.”

Artis Malaysia mudah tersentap apabila ditegur para peminat. Apabila peminat menegur cara artis Malaysia berpakaian, mulalah artis Malaysia melatah berkata “kubur masing-masing”, “jaga tepi kain sendiri”, “jangan nak jadi ustaz/ustazah online”, “tengok kekurangan diri sendiri tu baru boleh nak tegur orang” dan pelbagai jawapan Klise lagi lah. 🙄

Kita hidup bermasyarakat. Kalau kita berjiran pun, kita bertegur antara satu sama lain juga. Tujuan untuk saling memperingati, saling menasihati dan saling memperbaiki kelemahan diri supaya masing-masing berubah ke arah positif.

Kalau tidak suka ditegur, bersara jadi ‘Public figure’ okay. Jadi orang biasa pun ditegur, apatah lagi jika jadi orang yang sentiasa keluar siaran TV.

Jawapan “kubur masing-masing” paling tidak patut keluar dari mulut artis. Memang lah jika anda mati, anda membawa amalan anda. Tapi, anda perlu ingat, setelah anda mati pun, orang lain yang hidup yang menguruskan jenazah anda. Bukannya mayat anda sendiri masuk kubur anda. Siapa yang akan menggali tanah, menyediakan kain kapan dan lain-lain? Anda? Lain kali apabila menjawab itu fikir dahulu sebelum memberi jawapan kurang bernas. 🙄

 

adios.✌🏼️

 

Doktor kelakar

Cerita daripada kawan-kawan mengenai vaksin HPV:

Pergi hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan (2017)

Doktor:Kenapa ni?
Aku: Demam selepas ambil vaksin HPV.
Doktor: kenapa awak ambil vaksin?
Aku: Hah? kenapa?
Doktor:ya lah, kenapa awak ambil vaksin tu?
Aku: kenapa Dr tanya saya kenapa saya ambil vaksin tu? Adakah saya tak patut ambil vaksin tu?
Doktor: ada orang saja-saja ambil vaksin, ada orang saja-saja tak ambil vaksin. So, saya tanya awak, kenapa ambil vaksin?
Aku: cara Dr tanya saya ni, adakah saya tak patut ambil vaksin tu? Adakah tak kisah ambil vaksin ke tak? Adakah sepatutnya saya tak ambil vaksin? Kalau tak ambil vaksin pun tak apa lah ya Dr?
Nurse depan Dr: Ramai yang ambil vaksin sebab saja-saja, ada ja yang tak ambil vaksin. Kot kot lah awak saja-saja ambil vaksin.
Aku: kalau saja-saja, kenapa kerajaan berkempen suruh vaksin? Kenapa promosi dapatkan vaksin percuma di LPPKN? Kenapa ada program vaksin di sekolah-sekolah?
Doktor dan Nurse: ………….
Doktor: awak demam dah berapa hari ni, makan panadol tak?
Aku: tak, Dr. Tak suka makan panadol.
Doktor: kenapa awak tak makan?
Aku: saja-saja tak nak makan, Dr.

Aku cuma nak kata, kepada Doktor dan Nurse tersebut.

Sebagai seorang doktor, pegawai perubatan, pakar kesihatan, kata-kata Doktor dan Nurse tu membuatkan aku keliru dengan tindakan aku. Sekarang aku keliru, adakah tak sepatutnya ambil vaksin tu atau adakah tak kisah kalau seseorang itu tidak ambil vaksin pun. Keliru. Sangat keliru sebab cara mereka berkata seperti aku tak sepatutnya ambil vaksin tu. Takda lah aku demam 5 hari kerana vaksin tu. Sekarang pun keliru adakah aku patut ambil dos kedua dan ketiga? Atau tak payah teruskan vaksin ni? Keliru sangat. Ku keliru. Keliru.

( Nampak seperti kalau tidak ambil vaksin pun takpa, ambil pun takpa. Macam tu kenapa berkempen suruh vaksin? #tertanyatanya )

“Dulu selalu pegawai perubatan berkempen program vaksin, sekarang rakyat ditanya pula kenapa ambil vaksin. Hahaa…..kelakar kan.”

adios.✌🏼️

Lelaki gatal selamanya gatal

Orang yg terlebih makan garam berpesan,

“lelaki kalau kaki mabuk, dah berubah dan dah insaf, dia tak akan minum lagi. Tapi, lelaki kalau kaki perempuan, dah insaf, esok lusa gatal & miang datang balik, dia akan jadi kaki perempuan balik. Begitu juga lelaki kalau kaki pukul, dah insaf, esok baran datang balik, pukul lagi. Dua jenis lelaki yang memang tak berubah sampai ke tua :
kaki perempuan & kaki pukul.”

 

 

adios.✌🏼️

Lelaki lebih bernafsu daripada wanita?

Lelaki yang tak menjaga aurat lelaki (pusat hingga lutut) atau lelaki hanya pakai spandex sahaja pun tidak akan merangsang nafsu wanita. Sebab apa? Sebab wanita tidak bernafsu melihat aurat lelaki terdedah. Berbeza dengan lelaki. Wanita kalau memakai pakaian seksi, tidak menjaga auratnya dengan betul ataupun berpakaian ketat sahaja sudah membuat lelaki tergoda, merangsang lelaki terbayangkan sesuatu, menjadikan lelaki bernafsu melihat. Itu bezanya lelaki dengan wanita. Itu sebabnya lelaki yang tidak menjaga aurat lelaki (pusat hingga lutut) menegur wanita yang tidak menjaga aurat, merasakan tidak perlu timbul isu “kalau bro pandai jaga aurat, baru bro boleh tegur wanita seksi”. Wanita kalau nampak pemain bola sepak yang kebanyakan berseluar atas lutut pun tidak berfikiran nakal, bernafsu atau membayangkan apa2. Aurat wanita perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana lelaki yang melihat sentiasa berfikiran nakal. Faham2 lah yaa kaum hawa. Kaum Adam pula jangan lah nak ambil ringan juga tentang aurat lelaki (pusat hingga lutut).👌🏼

 
adios.✌🏼️

Hahaaa…..kelakar kan Fattah

Dulu masa kecil, orang tanya nak jadi apa dewasa nanti, jawapan selalu kata nak jadi doktor. Sekarang dah dewasa, orang tanya ambil jurusan apa, hanya mampu jawab ambil jurusan sains. Hahaaa……….kelakar kan.” #homosapiens

Fattah kata “…..saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup. (Blog beautifulnara)”

Aku kata ” dalam hidup ni kita akan berusaha untuk dapatkan apa yg kita nak, tak lupa juga untuk berdoa. Tapi, apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya ditentukan Allah SWT. Dengan izin Allah, semuanya boleh terjadi. ”

To sum up, WE MAY LOOK AT THE EXACT SAME THING AND SEE SOMETHING TOTALLY DIFFERENT. Adakah adik-adik kecil dapat terjemahkan apa2 yang ditulis dalam 99 Kata-kata Fattah Amin? #justwondering

Ramai yg komen isi kandungan buku tu. Satu benda ja nak komen, kenapa guna angka “99”? Kenapa tak “100” atau “101” atau apa-apa nombor? Kenapa mesti “99” juga? Bagi pendapatku, angka “99” sudah sememangnya simbolik dengan “99 Nama Allah”. Sekian.✌🏼️

 

 

adios.✌🏼️